Wednesday, 30 October 2013

Two Izzati

Betapa bersyukurnya pada Ilahi kerana hadirkan insan ini dalam hidupku.

Dia tempatku meluah rasa selepas Dia.

Bukan tiada insan lain, tapi mungkin kerana jiwa ini dekat dengannya :)

Bukan mengharap balasan apatah lagi penyelesaian bagi setiap luahanku, setiap rintihanku, tetapi cukuplah sekadar aku meluahkan apa yg terbuku di hati. Ya, semestinya dia sangat memahami.

Dia yang aku kenal tujuh tahun yang lalu, tetap begitu dari awal perkenalan sehingga saat ini.

Dia gadis yang kuat pada pandanganku, tapi aku tahu, dia lebih kuat kerana setiap ujian yang datang, dia terus bangkit. Menangis jua, tapi dia sedar dia punya Allah.

Allahu. Kukuhkan jalinan kasih ini, hingga syurga. Jagakaan dia jika aku tiada. Kerana dia antara dua kakak terbaikku. Biar lain ibu, biar lain ayah, aku mencintai kakakku ini kerana-Mu Ya Allah.

Uhibbuki fillah kak <3

'kakak manis'..

Allahu. Terharu. Inilah dia, penuh dgn kemanisan (baca sweet)..


After all, i love you Izzati Zaky :D


No comments:

Post a Comment

Titiplah sedikit kata-kata membina buat yang lemah ini :)