Friday, 1 February 2013

Teguran Dari Allah

Assalamualaikum w.b.t .

Tiba-tiba terdetik nak update blog ni. Dah lama tak menulis kat sini. :)
Hurmm, macam mana kalian? Macam mana dengan harta paling berharga kita? Ok? Ishh bukan rumah besar tu, bukan. Kereta mewah? Eh bukan bukan. Bukan itu. Duit? Banyak ke? Haa memang berharga tapi ada guna dekat jalan Allah tak? Kalau tak, pastikan ada ya :) Yang saya maksudkan tu, IMAN. Jom sama-sama kita check balik bagaimana iman kita sekarang.

Hmm hati ni rindu nak menangis sepuas-puasnya di hadapanNya. Ingin ceritakan segala masalah, beban, dan jugak kerisauan yang melanda dua tiga hari ni. Di saat-saat genting, contohnya nak menghadapi peperiksaan pertengahan semester, boleh dikatakan setiap kali selepas solat, menangis di hadapanNya, memohon agar Dia permudahkan segala urusan. Ya Allah, tenangnya saat itu. Terasa dekat sangat dengan-Mu. Seakan-akan tidak mahu berganjak dari tikar sejadah tu. Hati ni rasa macam lembut sangat. Dengar saja nama ALLAH, bergenang airmata :')

Tapi, hinanya hamba-Mu ini, usai sahaja menghadapi ujian, kembali lalai. Hari ke hari, kita makin jauh. Ampunkan aku Ya Allah, sesungguhnya aku yang menjauhkan diri sedangkan Engkau tidak berganjak sedikit pun. Kini, aku kembali mencari cinta-Mu. Pandanglah aku dengan pandangan kasih-Mu.

Sungguh, hidup terasa kosong tanpa cinta Yang Esa. Apa lah makna hidup ini tanpa-Nya? Apabila hidup bertuhan, diri diperbaiki hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat. Tapi apabila hidup jauh dari Allah, hanya keseronokan, kemewahan, kejayaan yang tiada berkatNya, itu yang dicari!

Teringat mimpi semalam. Dalam mimpi tu, saya berjiran dengan sebuah keluarga yang sangat alim. Saya menziarahi sahabat saya kerana hari itu ulang tahun kelahirannya. Tapi, hanya ibunya ada di rumah. Saya berborak panjang dengan ibunya. Apabila saya minta untuk mengundur diri, ibunya berikan saya RM60 dan saya , "Mak cik, tak payahlah susah-susah." Dan kata-katanya melekat di jiwa saya, dalam. "Nilai duit ni hanya pada ni. (Sambil tunjuk pada angka 50 dan 10 pada duit tu). Tapi, ukhuwah tidak ternilai sayang. Jaga ukhuwah elok-elok ya. "

Apabila tersedar dari tidur, i was like, kenapa aku mimpi macam tu?

Then, tersenyum. Terima kasih Allah. Ini teguran dari-Nya. Ya, semalam ada pertelingkahan kecil dengan sahabat. Dan hari ini, saya mulakan dengan jiwa yang tenang. Dengan sahabat tu pun dah ok. Baikkan Allah? :')

Put your trust on Allah. Allah really loves those who back onto Him in repentance. Wallahu'allam.