Sunday, 28 April 2013

PASUM : it's not a place. it's a life.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah dua minggu bergelar penganggur sementara kat rumah ni haa sejak tamatnya pengajian asasi dekat PASUM. Ohh, it's just too fast! Alhamdulillah.Hmm i got a lot of experiences there. Honestly, i love UM and all of the people who have been with me for 10 months there, so much! They are too precious for me. And my life.


Memulakan perjalanan di sana sebagai seorang anak muda yang menyambung pelajaran dalam peringkat seterusnya, dengan bahagianya, dengan hidupnya. Dikelilingi teman-teman yang datang dari utara,selatan,timur,barat,sabah,sarawak. Yeahh. Kadang-kadang tak pernah terfikir akan dapat kawan-kawan serata Malaysia ni.


Baru sekejap di PASUM, alhamdulillah Allah beri satu lagi rezeki untuk menyambung pelajaran lebih jauh. Hmm masa tu ada la jugak perasaan 'UK aku datang!'. Ehh.Tapi tapi tapi, tidak. Masih kekal di PASUM. Huuu sedih jugak, sampai tulis note dekat meja study "ili, u have made the best choice. Go on. InsyaAllah He will eases you". Tengok short note tu, lega sikit. Hehe.


Dipendekkan cerita, hari ini aku mengucap syukur pada Allah, yang tidak terhingga. Benarlah, setiap perkara yang berlaku ada hikmah-Nya. Pada-Nya kita mohon petunjuk, pada-Nya kita mengadu segala keresahan, melalui-Nya kita memohon kekuatan, dengan itu kita buat pilihan dengan doa agar ini yang terbaik.


Mungkin orang akan cakap, mana-mana pun kita belajar,kita melalui kehidupan yang agak lama di sana, mesti lah suka. Mesti lah sayang. Ya betul. Same goes to me. UM. Too meaningful for me. Di sini aku kenal apa itu bersahabat kerana Allah. Di sini aku kenal apa itu janji Allah, apabila kita menjaga batas pergaulan. Di sini aku kenal bagaimana menjadi kuat apabila dilanda masalah. After all, di sini aku kenal apa itu TARBIYYAH. Belum tentu aku kenal andai aku di tempat lain. Itulah, hikmah Allah. Hanya Allah yang tahu.


Ingatlah sayang, kita hidup tak kiralah berapa tahun pun, selamanya kita perlukan tarbiyyah. Hari ini mungkin kita ditarbiyyah, tapi akan tiba satu masa kita perlu mentarbiyyah. Beramal dengan ilmu, itu yang dituntut Allah. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. Kan?


Di sini jugak aku kenal kawan-kawan yang macam-macam ragam. Ya Allah rindunyaaa. Jagakan mereka untukku Ya Allah. Maafkan andai diri ini tidak menjadi sahabat yang baik buat kalian.


Teringat malam aku bergerak pulang, meninggalkan bumi UM. Mungkin kali terakhir aku jejakkan kaki di sana, mungkin tidak.Malam itu, penuh syahdu. Dear friends, i appreciate all the tears you shed for me. I appreciate the times you spent for me. I appreciate your helps to carry all my things that night. Ohh banyaknyaaa.And, I appreciates the books that all of you gave to me. Sukanyaa bila ada kawan-kawan yang suka buku jugak :')


Dan ada seorang sahabat bisik malam tu, "sayang,jangan tinggal Al-Quran. Kalau rindu, buka Al-Quran. InsyaAllah ada lah ayat yang menghubungkan kita. Rindu kita." Ya Allah, she is so kind, show her the right path,always.


Buat para pengabdi Tuhan sekalian,


Ingatlah. Di mana pun bumi kita pijak, kita akan dilanda ujian. Seperti apa yang Allah kata dalam Al-Quran,


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Al-Baqarah: 214)


Nah! Allah dah bagi kata-kata cinta ni dalam Al-Quran. Ingatlah, kita punya kawan. Mungkin akan ada yang tolong. Tolong sama-sama selesaikan masalah kita. Dan kita juga punya syaitan sekeliling kita, yang jugak akan tolong. Tolong binasakan kita. Apa-apa pun, kembali pada Allah. Kepada-Nya lah kita letakkan kebergantungan sepenuhnya. Yakinlah pada janji-Nya. Allah Yang Maha Agung, Maha Mengetahui.

Hmm kembali pada cerita PASUM kita, 

Semoga kenangan yang dibina di sana menjadi saham di akhirat. Allah suka orang yang berkasih-kasihan kerana-nya.Semoga jalinan kasih ini semakin kuat. Semoga ada lagi pertemuan antara kita duhai teman. Kalau tidak di dunia, insyaAllah di syurga-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Selepas ini, aku mungkin dicampak di suatu tempat yang asing bagiku, atau mungkin kembali menyambung cerita di Universiti Malaya. Biarlah, aku redha di mana pun aku bakal menuntut ilmu nanti, hanya satu pintaku. Semoga kemanisan ini tidak diragut dariku. Semoga tarbiyyah terus tersaji di sana untukku. Semoga hati ini terus dicurah rasa kasih pada-Nya. Amin.

Carilah cinta-Nya. 

Tinggalkan jahiliyyah.

Kita kukuhkan umat Muhammad, teruskan berdakwah.

Sebarkan kebaikan.

Cukup tertarik dengan coretan ini ;
           Dai'e ibarat tiram di laut,dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara berharga. Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang di hatinya terselit iman dan taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Sahabat, saya sayang kalian kerana Allah. Assalamualaikum :)

1 comment:

  1. Yeah. Of course everybody will love the place that teach them about this world. It is does not matter where you study. If you are so good, you will be good no matter what you are as saying goes " benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau. Campak ke daratan menjadi gunung."
    Jaga hati, iman and amal. choooww~

    ReplyDelete

Titiplah sedikit kata-kata membina buat yang lemah ini :)